Jerangkang Waterfall

Assalamualikum wrt. wbt.

Hello! My very first post here is going to be about my trip to Jerangkang Waterfall. Dah lama dah trip ni so nak simpan sini some of my experience yang I ingat sebelum I lupa lagi-lagi hiking trip yang I dah pergi. So, this one of heaven on earth is located in Maran, Pahang. I datang sini masa September 2016 untuk dua hari satu malam. Dengan menaiki Myvi si Cepet berempat dengan Man dan Lengah. Ceh. Kitaorang tak sewa powil main belasah je bawak Myvi Cepet dengan jalan dia yang tak berapa nak elok tu. Kesian kereta kesayangan Cepet. Huhu..



Rasanya gerak dari Sg. Buloh malam jumaat tu sampai sana subuh sabtu. Pagi dalam pukul 8 ke 9 pagi macam tu sampai dah pintu masuk.


Then, start hiking dari pintu masuk sampai jumpa first pool/waterfall. Start situ dah ada tapak untuk campsite. Luas jugak tapak campsite tapi takde gambar nak tunjuk. Trail untuk hiking waterfall atas lagi selalunya orang naik yang sebelah kanan. Tak ramai yang cross river dan naik yang sebelah kiri, rasanya trail yang kiri lagi mencabar. Yang kanan ni pun naik sampai tak cukup nafas. Rasanya sejam lebih jugak la hiking trail yang pacak je sampai kesudah tu. Then sampai dekat pool/waterfall signature Jerangkang yang ada pokok balak tu.

Photo by: Man Kai

Then, naik atas sikit lagi sampai kitaorang punya campsite. Nasib baik dekat campsite tu ada group yang dah nak balik so campsite tu takde la jadi ramai orang. Siap dorang bagi gula, teh semua yang lebih sebab malas nak bawak turun. Rezeki dapat campsite view cantik. 


Campsite sebelah je dengan waterfall ni :)



Nyum ayam hasil perapan kakakku. Sedapnya!


Bermalam kat situ just lepak borak sambil dengar bunyi air terjun dan view cahaya bulan. Ada yang mandi jugak malam tu tapi I tak berani so dok tepi je. Dah pagi ahad esoknya sambung naik waterfall atas lagi. 


Ni pagi-pagi gosok gigi cuci muka tepi sungai dengan air yang sungguh segar dan sejuk gila. 



Pastu apa lagi terjun la kannn. Yang bestnya pool sini besar dan tak dalam sangat. Tapi takut ada pusar air ke tiba-tiba kita pakai la life jacket untuk keselamatan.




Bila yang lain tu dah bangun, dah breakfast semua apa yang patut start la hiking lagi untuk naik waterfall yang atas-atas. Kitaorang naik ikut trail yang sebelah kiri. Tak pasti yang sebelah kanan ade trail ke tak ikut je si Lengah masa tu sebab dia yang tahu jalan. 

Kalau ikutkan Jerangkang ni ada dalam 44 tingkat waterfall/pool dia. Tapi time ni tak dapat la kot naik sampai 44 tingkat tu sebab trail dia sangat la berisiko dan bahaya nak naik. So kami naik mana yang boleh je. Mana yang boleh tu pun waterfall dia dah cantik gila. Kalau la dapat naik atas lagi macam mana la ye, mesti taknak balik kot. Haha. Meh belanja gambar sikit.









Ni waterfall/pool yang last kitaorang naik. Tak pasti yang ni tingkat berapa. Nampak kepekatan air tu? Ha dalam tu.. si Lengah je yang berani tiruk kat sini, tanpa life jacket. Haihh. Lepastu turun la. Dah panas terik, nak kemas-kemas balik pulak.





Ni view dekat pool ada kayu balak tu. Cantik kan? Tapi sekarang 2019 rasanya dah takde kayu balak ni dah hanyut kot sebab baru-baru ni Cepet pegi sini takde dah. 


Ok siap-siap la pulak untuk turun. Nak balik Sg. Buloh jauh ni.. Meh belanja gambar otw turun.




Hehe. Banyak gambar I je. Jangan tertipu ye ni I try je pakai beg Cepet ni ya Allah bapak berat hampir nak terbalik ke belakang. Mana taknya sampah semua dia sumbat, nak jaga kebersihan kan. Bagus Cepet!

Ok. Itu je kisah Jerangkang I. Memang nak repeat lagi Jerangkang ni tapi tunggu lah anak dah besar sikit bawak dia sekali ke dengan suami tercinta sekali. Syukur sangat dapat peluang datang sini, ada kawan nak ajak/bawak time tu. Alhamdulillah dapat la merasa keindahan air terjun dalam hutan. Mandi air sampai kedut kecut tapak tangan tapak kaki. Wahh bestnya bila ingat balik. Takpe, nanti ada rezeki sampai lagi sini. 

Thank you for reading my story. Until my next post! xoxo

Note: Sorry takde info berguna sangat dalam story I ni. Dapat share gambar je. Kalau ikut I tak susah nak hiking sini. Tempat campsite pun banyak. Ha, rasanya sekarang nak masuk kena ada permit. Ready dengan permit ya nanti. Jangan lupa sampah dan apa-apa barang awak semua nanti bawak turun bawah ye. Sama-sama kita jaga hutan kita. Bye!